Friday 14 December 2012

Sains Tahun 6 - Mesin

Mesin Ringkas

Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita mengangkat atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerajkan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban. Dalam ayat yang lebih mudah, mesin ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi senang.

Mesin ringkas menggunakan satu daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas satu beban. Beberapa mesin ringkas apabila digabungkan bersama untuk membentuk mesin kompleks, akan mengurangkan daya yang diperlukan untuk melakukan ‘kerja’ ke atas beban, seperti mengangkat atau menarik beban.

Mesin ringkas boleh dikelaskan kepada beberapa kategori :

Tuas
Baji

Takal
Gear
Mesin Kompleks
Mesin kompleks merujuk kepada mesin yang terdiri daripada gabungan beberapa jenis mesin ringkas.
Contoh mesin kompleks ialah basikal, jam dan kereta sorong.

basikal
Kelebihan penciptaan mesin:
- membantu kita menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih mudah.
- Menjimatkan tenaga dan masa kita.

Kerosakan Makanan

Ciri-ciri Makanan Yang Rosak

Pembiakan Mikroorganisma bagi Kerosakan Makanan

Pengawetan

Kepentingan Pengawetan Makanan

Kaedah-Kaedah Pengawetan:







 Suhu hendaklah melebihi 100*C

Mikroorganisma tidak dapat hidup kerana kekurangan air untuk tujuan pembiakan.





Cara Pemakanan - Karnivor, Omnivor dan Herbivor

Karnivor : merupakan haiwan yang memakan haiwan lain (daging) sahaja.
Omnivor : merupakan haiwan yang makan daging dan tumbuhan.


Ciri-ciri atau sifat khas haiwan juga berbeza.


Jenis Tempat Perlindungan Haiwan


Kitar Hidup


Bahan Sekeliling Kita


Thursday 13 December 2012

Sains Tahun 6 - Pergerakan

Masa = Jarak / Laju

Jarak = Kelajuan x Masa

 Kelajuan = Jarak / Masa


Pembuangan Bahan di Kawasan Kita





Kesan Bahan Buangan


Pembuangan Tidak Terancang
 Bahan Buangan Kimia

 Bahan Buangan Organik

Bahan Buangan Domestik


Wednesday 12 December 2012

Sains Tahun 6 - Geseran


Geseran
berlaku apabila 2 permukaan bersentuhan
- seperti tayar dengan jalan raya
- menggerakkan duit syiling atas meja
- bila memegang gelas

 
Daya yang menentang pergerakan:

 
Permukaan berlainan mempunyai daya geseran berlainan
- permukaan lebih halus lebih sedikit geseran
- lebih kasar lebih besar geseran
- mudah membuka tutup botol dgn tangan kering (geseran tinggi)
- dengan tangan basah, susah membuka penutup botol (geseran rendah)
- mudah menarik objek atas permukaan halus



Faktor yang mempengaruhi daya geseran:
-          Keadaan permukaan
-          Jisim objek 
-     Jenis permukaan


Kesan daya geseran:
- objek bergerak semakin perlahan dan kemudian berhenti
- hasilkan haba (spt menggosokkan kedua belah tangan)
- objek berat sukar bergerak (sb lebih berat lebih besar geseran)
- objek haus & koyak (getah pemadam semakin kecil, tapak kasut semakin halus)
- dapat elak drpd tergelincir

  
Cara untuk mengurangkan geseran:
-          Gunakan roda
-          Gunakan minyak pelincir dan gris
-          Gunakan serbuk talcum
-          Gunakan kusyen udara


Cara meningkatkan geseran:
-guna permukaan kering
-permukaan kasar
-lapik anti-gelincir dlm bilik mandi
-corak tapak kasut yg kasar


 
 

Kebaikan:
-          Menghasilkan haba untuk menghidupkan mancis
-          Membolehkan kita memegangkan objek

Keburukan:
-          Menyebabkan objek haus dan koyak
-          Menghasilkan haba yang menyebabkan kerosakan mesin
-          Menyebabkan objek bergerak dengan lebih perlahan

Monday 10 December 2012

Sains Tahun 6 - Daya

Apa itu daya?
- suatu tolakan atau tarikan
- tolakan (tindakan menjauhkan objek)
- tarikan (tindakan mendekatkan objek)



Semua tindakan fizikal melibatkan tolakan dan tarikan.

Ciri-ciri daya:
-tdk dpt dilihat tp dpt dirasa
-kesan daya boleh dilihat
-angin tdk dpt dilihat tp boleh dirasa meniup muka & rambut kita...



Tolakan melibatkan:
 Menolak sebuah troli


Menekan suis

Tarikan melibatkan:

Pertandingan tarik tali
Menaikkan bendera 

Tolakan dan tarikan melibatkan:
Menyapu
Memain biola


Kesan daya terhadap objek ialah:
-           -Menyebabkan objek bergerak dengan laju
-          - Menggerakkan objek pegun
-          - Mengubah bentuk objek
-          -Menyebabkan objek bergerak dengan lebih perlahan
-          - Menghentikan objek yang sedang bergerak