Tuesday, 20 November 2012

Mari Kita Melipat Hati Yang Penuh Dengan Kasih Sayang


Pendidikan Moral (KSSR) - Kasih Sayang


Pendidikan Moral (KSSR) - Keadilan


Keadilan - Penilaian

Tandakan (       ) pada ayat yang betul dan tandakan (   x   ) pada ayat yang salah

1. Saya hanya berkawan dengan jiran yang kaya sahaja.  (          )
    
2.  Abang turut mangajak Amin supaya bermain bola sepak bersama-sama walau dia tidak sehandal seperti  budak jiran yang lain.  (          )

3. Mei Mei mengajak rakan-rakan jirannya yang disukai sahaja untuk menghadiri jamuan hari kelahirannya.  (          )

4. Emak mambuat kuih dan membahagikan kuih-muih tersebut kepada jiran-jiran sebelah dengan kuantiti yang setimpalnya.  (          )

5. Swee Bee bergilir-gilir bermain buaian dengan jiran-jirannya di taman permainan.  (          )                                    

Mari Kita Menyanyi - Ikan Kekek


Ikan kekek mak ilui-ilui 
Ikan gelama mak ilai-ilai 
Nanti adik mak ilui-ilui 
Pulang sama mak ilai-ilai 

Tenang-tenang air di laut 
Sampan golek mudik ke tanjung 
Hati terkenang mulut tersebut 
Budi yang baik rasa dijunjung 

Ikan kekek mak ilui-ilui 
Ikan gelama mak ilai-ilai 
Nanti adik mak ilui-ilui 
Pulang sama mak ilai-ilai

Friday, 16 November 2012

Sains Tahun 6 - Diancam Bahaya dan Kepupusan

DIANCAM BAHAYA merujuk pada haiwan atau tumbuhan yangg jumlahnya semakin kurang.
Contoh haiwan dan tumbuhan yang mengalami kepupusan seperti badak sumbu, raflesia, harimau



                                              Badak sumbu



                                              Bunga Reflesia



PUPUS merujuk pada haiwan atau tumbuhan yang tidak lagi wujud di dunia ini. Bermaksud tiada lagi spesis haiwan atau tumbuhan tersebut wujud seperti, gajah mammoth, burung do do



                                         Mammoth
                               Burung Do Do




Sebab sebab haiwan diancam bahaya kepupusan:
1. Disebabkan aktiviti manusia seperti:
- Pembalakan secara besar besaran
- Pembalakan haram
- Penerokaan kawasan habitat/hutan untuk tujuan pertanian,perumahan atau sektor perindustrian.
- Pemburuan secara berleluasa
- Pemburuan secara haram
- Pencemaran alam



Bagaimana mengatasi bahaya ancaman kepupusan pada haiwan dan tumbuhan:
1. Menguatkuasakan peraturan dan undang undang dengan lebih tegas
2. Menjalankan kempen kesedaran
3. Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kepentingan haiwan dan tumbuhan melalui pendidikan  

Cintailah Alam Sekitar         

Thursday, 15 November 2012

Sains Tahun 6 - Interaksi Antara Benda Hidup


Haiwan yang hidup secara berkumpulan dan Haiwan yang hidup sendirian

1. Habitat ialah tempat dimana haiwan itu tinggal.
2. Haiwan yang tinggal bersama didalam satu habitat ialah satu kumpulan haiwan manakala haiwan yang hidup tanpa kumpulan di panggil haiwan hidup sendirian.


Haiwan hidup secara berkumpulan.

1. Banyak haiwan yang hidup secara berkumpulan
Contoh : Singa, Serigala.

2. Haiwan ini hidup dalam kumpulan yang kecil dari beberapa ekor, hinggalah beribu ribu ekor didalam datu kumpulan.

Kumpulan kecil :- Singa, Babun
Kumpulan besar : Koloni Semut, Lebah

3. Haiwan yang hidup dalam kumpulan mempunyai pelbagai kelebihan

antaranya merekaboleh bekerjasama untuk mendapatkan makanan, melindungi antara satu sama lain, membina tempat perlindungan.

Contoh : Sekumpulan Serigala bekerjasa dalam satu kumpulan untuk memburu haiwan lain.



Haiwan yang hidup sendirian

1. Haiwan yang hidup sendirian melakukan semua aktiviti secara bersendirian tanpa bantuan haiwan lain yang sama spesis.

Contoh : Harimau , memburu secara bersendirian.

2. Haiwan yang hidup secara bersendirian ini sentiasa bersendiri tanpa bantuan kecuali semasa mengawan.

3. Haiwan ini hidup bersendirian adalah untuk mengelakkan persaingan bagi mendapatkan makanan dan kawasan.

4. Haiwan yang hidup bersendirian ini biasa menanda kawasan tempat tinggal mereka untuk menghalang haiwan lain dari menceroboh. Ini adalah untuk mengelakkan dari persaingan mendapatkan makanan.

5.Jika terdapat makanan yang banyak dan mencukupi, haiwan tersebut hanya perlu menjaga kawasan yg kecil sahaja. Jika kekurangan sumber makanan, ini akan memaksa haiwan tersebut mendapatkan kawasan yang lebih besar bagi memperoleh sumber makanan.

Contoh haiwan hidup sendirian :-

Beruang, Harimau, Helang, Panda



Persaingan

Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan, kawasan, pasangan dan tempat tinggal.
Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan nutrien, cahaya matahari, ruang dan air.