Friday 16 November 2012

Sains Tahun 6 - Diancam Bahaya dan Kepupusan

DIANCAM BAHAYA merujuk pada haiwan atau tumbuhan yangg jumlahnya semakin kurang.
Contoh haiwan dan tumbuhan yang mengalami kepupusan seperti badak sumbu, raflesia, harimau



                                              Badak sumbu



                                              Bunga Reflesia



PUPUS merujuk pada haiwan atau tumbuhan yang tidak lagi wujud di dunia ini. Bermaksud tiada lagi spesis haiwan atau tumbuhan tersebut wujud seperti, gajah mammoth, burung do do



                                         Mammoth
                               Burung Do Do




Sebab sebab haiwan diancam bahaya kepupusan:
1. Disebabkan aktiviti manusia seperti:
- Pembalakan secara besar besaran
- Pembalakan haram
- Penerokaan kawasan habitat/hutan untuk tujuan pertanian,perumahan atau sektor perindustrian.
- Pemburuan secara berleluasa
- Pemburuan secara haram
- Pencemaran alam



Bagaimana mengatasi bahaya ancaman kepupusan pada haiwan dan tumbuhan:
1. Menguatkuasakan peraturan dan undang undang dengan lebih tegas
2. Menjalankan kempen kesedaran
3. Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kepentingan haiwan dan tumbuhan melalui pendidikan  

Cintailah Alam Sekitar         

1 comment: